China Aktif Terlibat dalam Pembangunan Semula Iraq

2024-01-04 15:05:44  CRI
Share with:

China sentiasa aktif melibatkan diri dalam pembangunan semula ekonomi Iraq, sementara sumbangan positif China juga mendapat pujian meluas daripada kerajaan dan rakyat negara itu.

Demikian dikatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang media pada Rabu. 

Wang berkata, China dan Iraq mempunyai hubungan persahabatan yang rapat. China bersedia meningkatkan koordinasi dengan pihak Iraq untuk mendorong kerjasama praktikal kedua-dua negara dalam pelbagai sektor mencapai kemajuan yang lebih besar.