Empat Bandar Dipilih Jadi Lokasi Sampingan Penganjuran Gala TBC 2024

2024-01-05 15:00:40  CRI
Share with:

Kumpulan Media China (CMG) mengumumkan empat buah bandar yang dipilih menjadi lokasi sampingan penganjuran Gala Tahun Baharu Cina (TBC) 2024.

Empat bandar itu ialah Shenyang di provinsi Liaoning, Changsha di provinsi Hunan, Xi'an di provinsi Shaanxi dan Kashgar di wilayah Xinjiang.

Bandar berkenaan akan bersama Beijing sebagai lokasi utama menghidangkan gala TBC pada malam 9 Februari.

Presiden CMG Shen Haixiong bersama pegawai keempat-empat bandar itu menghadiri majlis pelancaran lokasi sampingan penganjuran gala TBC di Beijing pada Khamis.

Menurut pengarah pusat program seni CMG, gala itu merupakan tradisi meraikan TBC bagi seluruh rakyat China dan juga 'kad nama emas' untuk menyebarkan budaya China di peringkat antarabangsa.

Adat resam dan budaya rakyat serta wajah baharu di pelbagai tempat pada era baharu akan dipaparkan menerusi model penganjuran '1+4'.