Kadar Pertumbuhan Ekonomi Dunia Diunjur Rekodkan 2.4 Peratus 2024: Laporan PBB

2024-01-05 15:24:49  CRI
Share with:

Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDESA) mengumumkan laporan mengenai situasi dan prospek ekonomi dunia 2024, pada Khamis. 

Laporan itu mengunjurkan bahawa kadar pertumbuhan ekonomi dunia akan menurun daripada 2.7 peratus pada 2023 kepada 2.4 peratus pada 2024.

Menurut jangkaan laporan itu, kadar inflasi di dunia diunjur akan mengekalkan trend penurunan, manakala pemulihan pasaran pekerja kurang seimbang di lingkungan global. 

Walau bagaimanapun, beberapa negara akan terus didepani tekanan harga barangan dan konflik geopolitik akan meningkat, dan ini kemungkinan mengakibatkan kenaikan semula inflasi.