Gempa Bumi di Jepun: Angka Kematian Meningkat kepada 92

2024-01-05 12:10:25  CRI
Share with:

Wilayah Ishikawa Jepun mengadakan mesyuarat Ibu Pejabat Pengurusan Bencana hari ini dan mengumumkan bahawa setakat pukul 8.00 pagi tadi, jumlah kematian akibat gempa bumi di kawasan Noto meningkat kepada 92.

Menurut maklumat kerajaan Wilayah Ishikawa, jumlah orang yang masih hilang meningkat kepada 242 orang.