China Catatkan Jumlah Permohonan Paten Bateri Tenaga Solar Terbanyak

2024-01-05 15:23:48  CRI
Share with:

Menurut statistik yang diumumkan Jabatan Harta Intelek Negara (SIPO) mutakhir ini, jumlah permohonan paten bateri tenaga solar di China mencatat angka 126,400, menduduki tangga teratas di dunia.

Jumlah permohonan paten dalam industri fotovoltaik meningkat 23.1 peratus secara purata setahun pada beberapa tahun lalu, dan kualiti paten terbabit semakin meningkat. Kadar penukaran fotoelektrik bateri tenaga solar China juga mendahului dunia.

Di samping itu, penyelidikan teknologi baharu sedang diperkasakan, antaranya jendela langit kenderaan tenaga baharu (NEV) yang berfungsi jana kuasa fotovoltaik, dinding kaca bangunan yang boleh menjana kuasa dengan tenaga solar, serta kawalan pasir, penternakan kambing dan ikan di tapak jana kuasa fotovoltaik. 

Paten-paten tersebut memperluas ruang pasaran fotovoltaik, sekali gus menyumbang kebijakan China kepada industri fotovoltaik dunia.