Ekonomi China Kekal Enjin Utama Dunia

2024-01-05 13:45:39  CRI
Share with:

Jurucakap Kementerian Luar China Wang Wenbin berkata ekonomi China menangani tekanan luaran dan terus pulih secara berterusan, sementara pembangunan berkualiti tinggi kian diperkasakan sepanjang tahun 2023. 

Di samping itu, menurut ramalan oleh institusi antarabangsa, pertumbuhan ekonomi China pada tahun 2023 adalah sekitar 5.2%, menjadikan China salah sebuah entiti ekonomi utama yang mencatatkan pertumbuhan paling pesat, dan kekal menjadi enjin utama bagi ekonomi dunia. 

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Beijing pada Khamis.

Mengulas mengenai penantian China terhadap sumbangan ekonominya terhadap ekonomi dunia pada tahun 2024, Wang berkata, asas ekonomi China yang stabil dan baik untuk jangka masa panjang tidak berubah, dan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap ekonomi China pada tahun ini terus meningkat. 

Wang Wenbin berkata pada tahun 2024, China akan melaksanakan sepenuhnya konsep pembangunan baharu, mempercepat pembentukan paradigma pembangunan baharu, mendorong pembangunan berkualiti tinggi, dan berkongsi peluang baharu yang dibawa oleh modenisasi ala China dengan dunia. 

Beliau menekankan bahawa China akan terus berperanan sebagai enjin yang mendorong pertumbuhan ekonomi dunia, membawa faktor kepastian dan tenaga positif kepada ekonomi global yang penuh dengan ketidakpastian.