Pucuk Pimpinan PKC Dengar Siri Laporan Kerja

2024-01-05 12:21:36  CRI
Share with:

Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) mengadakan mesyuarat untuk mendengar beberapa siri laporan kerja pada Khamis.

Laporan berkenaan dibentangkan oleh kumpulan anggota Parti dari Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC), Dewan Negara, Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), Mahkamah Rakyat Tertinggi dan Jabatan Pendakwa Raya Rakyat Tertinggi, serta Sekretariat Jawatankuasa Pusat PKC.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping mempengerusikan mesyuarat itu dan menyampaikan ucapan penting.

Ia merupakan kali pertama Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC mendengar laporan kerja seumpama sejak Kongres Kebangsaan ke-20 PKC, dengan tujuan mengekalkan dan menambah baik susunan keinstitusian dalam pemerkasaan pimpinan Parti, menurut mesyuarat itu.

Ditegaskan bahawa kumpulan anggota Parti berkenaan harus memfokuskan kepada kerja dalam memajukan pemodenan ala China, yang merupakan kepentingan politik terutama.

Perlunya usaha praktikal dipergiat untuk memantapkan pelaksanaan pelan strategik yang ditetapkan pada Kongres Kebangsaan ke-20 PKC, dan memberi sumbangan yang lebih besar ke arah membina negara kuat dan mewujudkan kebangkitan bangsa.

Untuk tahun baharu, Sekretariat Jawatankuasa Pusat PKC diharap terus menggalas tanggungjawab, meningkatkan kecekapan pelaksanaan pelbagai kerja dan menyempurnakan tugas yang diberikan oleh Jawatankuasa Pusat PKC.