Usaha China Eksplorasi Bulan Takkan Henti

2024-01-05 14:41:39  CRI
Share with:

Prob penyelidikan, Chang'e-4 berjaya mendarat di sisi jauh bulan pada 3 Januari 2019.

Dengan bantuan komunikasi satelit geganti Queqiao, Chang'e-4 menghantar balik gambar sisi jauh bulan diambil pada jarak dekat, yang pertama di dunia.

Ia merupakan kali pertama prob buatan manusia melakukan pendaratan lembut dan kaji selidik di sebelah belakang bulan.

Tiga fasa bagi projek penjelajahan bulan China iaitu 'mengorbit, mendarat, pulang' diselesaikan dengan jayanya selepas Chang'e-5 membawa balik sampel dari bulan.

Pada September 2023, Pentadbiran Angkasa Negara China (CNSA) memaklumkan bahawa kerja penyelidikan mengenai misi Chang'e-6 sedang dalam pelaksanaan dan pelancarannya dijadual dilakukan sekitar tahun 2024.

Ketua pereka bentuk program eksplorasi bulan China, Wu Weiren berkata Chang'e-6 menyasar mengumpul 2,000 gram sampel dari sisi jauh bulan.