Ekspres China-Eropah 2024 yang Pertama Berlepas dari Lianyungang

2024-01-05 17:44:44  cri
Share with:

Satu Ekspres China-Eropah yang penuh dengan muatan alat ganti kenderaan, perkakas elektrik isi rumah serta kemudahan jentera berlepas dari Pangkalan Kerjasama Logistik China-Kazakhstan (Lianyungang) baru-baru ini. 

Ini merupakan perjalanan kereta api yang pertama yang berlepas dari pelabuhan Lianyungang, titik permulaan timur Jambatan Kontinental Eurasia Baharu dengan menuju ke Eropah bagi tahun 2024. 

Setelah keluar wilayah China dari pintu sempadan Khorgos, ekspres itu akan terus dipandu melalui Asia Tengah.

Pada tahun 2023, perkhidmatan Ekspres China-Eropah yang berlepas dari Lianyungang meningkat sebanyak 10.7% tahun ke tahun, dengan mencecah 806 perjalanan.