Karya Seni Dipamerkan di Bilik Hotel

2024-01-05 15:18:36  CRI
Share with:

Pameran Seni di Hotel edisi kelima atau AFIH2023 Autumn yang berlangsung di Beijing baru-baru ini memberi pengalaman istimewa buat pengunjung dengan mempertontonkan pelbagai karya seni di bilik hotel.

Dengan menghimpunkan karya seni antaranya lukisan, ukiran, fotografi, koleksi perabot dan lain-lain, pameran berkenaan turut mengintegrasikan pesona seni dengan unsur-unsur kehidupan.