Gelongsor Ais Sepanjang 521 Meter Tarikan Besar di Harbin

2024-01-05 12:12:58  CRI
Share with:

Bandar Harbin di provinsi Heilongjiang yang digelar sebagai "Bandar Ais" merupakan destinasi pelancongan popular pada musim sejuk. Gelongsor ais sebagai tarikan utama dalam taman Harbin Ice and Snow World telah dinaik taraf pada tahun ini, dengan bilangannya ditambah daripada 8 kepada 14 dan yang terpanjang mencecah 521 meter. Ramai pelancong dari pelbagai tempat menunjukkan minat besar mahu merasai kehebatannya.