CMG Lancarkan Pelan Penyiaran Pertandingan Sukan 'Keemasan' 2024

2024-01-06 15:52:57  CRI
Share with:

Kumpulan Media China (CMG) mengumumkan pelan tentang penyiaran pertandingan sukan pada 2024, melibatkan 32 acara pertandingan 'keemasan' dan sembilan acara istimewa, pada Jumaat.

Presiden CMG, Shen Haixiong menghadiri acara itu dan turut melancarkan pameran kesenian China "Dari Beijing ke Paris - Lawatan Olimpik Seniman China dan Perancis".

Tahun 2024 merupakan ulang tahun ke-60 ikatan diplomatik China-Perancis dan juga "Tahun Pelancongan dan Kebudayaan China-Perancis". Penganjuran pameran kesenian China tersebut akan menyuntik kedinamikan kepada pertukaran budaya antara rakyat kedua-dua negara.

Selain itu, CMG mengumumkan pelan penyiaran mengenai Sukan Olimpik Paris dan Paralimpik Paris. Menurut pelan, CMG akan menghantar rombongan berskop besar bertugas di barisan depan, dengan menggunakan lokasi termasuk Pusat Penyiaran Antarabangsa, Studio di Menara Eiffel dan lain-lain. Selain itu, CMG akan bertugas atas pembuatan isyarat awam antarabangsa dalam acara gimnastik, ping pong, badminton dan panjat tebing, untuk menyediakan perkhidmatan audio visual bertaraf dunia kepada para penonton.