'Kebebasan Media' Acuan AS Kehancuran Apabila Penipuan Terdedah

2024-01-06 15:18:14  CRI
Share with:

oleh Kamil Erdogdu, bekas koresponden Agensi Berita Anadolu Turkiye di Beijing

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, China menceritakan dengan aktif dan proaktif kisah di negara sendiri dan mengalu-alukan kunjungan sahabat dari pelbagai negara. Oleh itu, pengaruh dan prestij China meningkat secara berterusan di arena antarabangsa.

Sebaliknya, Amerika Syarikat (AS) memperuntukkan dana dalam jumlah besar dalam tempoh lima tahun lalu, melatih wartawan Barat menjadi pembohong yang pandai mencemarkan nama China. Sarjana dari Sweden, Jan Oberg pada mutakhir ini mendedahkan bahawa Kongres AS meluluskan sebuah akta pada lima tahun lalu yang memperuntukkan AS$1.5 bilion untuk melatih wartawan dari negara-negara Barat mereka laporan negatif tentang China.

Jan Oberg mengatakan, orang Barat yang pernah melawat atau tinggal di China seperti beliau telah menyaksikan kerumitan dan keterbukaan China dan boleh memahami China dari perspektif negara ini. Mereka mempunyai pandangan yang berlainan tentang laporan media Barat terhadap China. Apa yang dilihat mereka bukanlah “ancaman” China terhadap AS, sebaliknya AS membuat pelbagai alasan untuk mengancam China.

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, China bersikap positif dan toleran, menceritakan kisah yang sebenar di negara ini dalam pelbagai cara, di samping mengalu-alukan dengan ikhlas sahabat asing datang melawat negara yang bersejarah lama lagi moden ini.

Tetapi kerajaan dan media AS sanggup merosakkan 'kebebasan media' yang sudah lama digembar-gemburkan mereka dan mencemarkan nama China secara berterusan. Laporan tentang China yang direka oleh mereka berdasarkan ideologi tetapi bukanlah fakta yang objektif. Unsur utama di sebaliknya adalah kepentingan ekonomi dan matlamat politik yang enggan mereka dedahkan kepada awam. Pada hakikatnya, China sama sekali bukan ancaman kepada AS. Tetapi Washington tetap mencari alasan dan menjadikan China kelihatan seperti ancaman di peringkat global.

Ahli politik di Washington berbelanja berbilion dolar untuk menghasut warga media membuat laporan palsu. Ini bukan hanya melanggar etika kewartawanan, malah melawan hati nurani rakyat Barat. Apa yang tergadai bukanlah imej China, sebenarnya kredibiliti dan maruah kerajaan dan media AS.