China Berjaya Lancar Empat Satelit Meteorologi

2024-01-06 15:54:33  CRI
Share with:

China berjaya melancarkan empat satelit meteorologi ke angkasa lepas dari Pusat Pelancaran Jiuquan yang terletak di barat laut China pada Jumaat. 

Keempat-empat satelit iaitu nombor 15 hingga nombor 18 bagi kumpulan meteorologi Tianmu-1, dilancarkan dengan roket pembawa Kuaizhou-1A pada kukul 7.20 malam waktu Beijing, dan kemudian berjaya masuk ke orbit. 

Satelit tersebut akan digunakan untuk menyediakan perkhidmatan data meteorologi komersial. 

Ini merupakan misi penerbangan ke-25 oleh roket Kuaizhou-1A.