Robot Isi Minyak Untuk Pelanggan di Changsha

2024-01-08 10:34:20  CRI
Share with:

Sebuah stesen minyak di bandar Changsha, ibu kota provinsi Hunan, China menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan menggunakan robot. Pelanggan boleh membuat tempahan melalui aplikasi sebelum memberhentikan kereta di tempat yang ditetapkan. Robot itu boleh menyelesaikan tugas membuka penutup tangki minyak, mengisi minyak dan menutup tangki menggunakan lengan mekanikal melalui teknologi pengecaman visual.