CAAC Tambah Penerbangan Terus China-AS

2024-01-08 17:20:43  CRI
Share with:

Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) akan menggerakkan penambahan penerbangan terus antara China dengan Amerika Syarikat (AS) dalam skala besar pada tahun ini.

Statistik CAAC menunjukkan, penerbangan awam terus yang dikendalikan secara berkala antara kedua-dua negara telah meningkat kepada 63 kali seminggu.

Menurut pegawai CAAC, pihaknya juga akan berusaha memperluas aturan hak penerbangan dengan negara-negara terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), di samping mempergiat kerjasama dengan rantau Asia Tengah, Asia Barat, Afrika dan lain-lain.