Adora Magic City Selesai Pelayaran Komersial Sulung

2024-01-08 12:46:52  CRI
Share with:

Kapal persiaran bersaiz besar pertama yang dibangunkan China, Adora Magic City berjaya menyelesaikan pelayaran komersial sulungnya sejauh 1,119 batu nautika selepas selamat berlabuh di pelabuhan Shanghai pada Ahad. 

Lebih 3,000 pengunjung kelihatan turun dari kapal secara teratur di Terminal Kapal Persiaran Antarabangsa Wusongkou.

Adora Magic City memulakan pelayaran sulung pada 1 Januari dengan perjalanannya selama tujuh hari enam malam dari Shanghai ke Jeju, Korea Selatan serta Nagasaki dan Fukuoka, Jepun.