Bayi Panda Gergasi yang Dilahirkan di Moscow Dinamakan Katyusha

2024-01-08 10:40:08  CRI
Share with:

Bayi panda gergasi yang dilahirkan di Zoo Moscow dinamakan Katyusha.

Datuk Bandar Moscow, Sergey Sobyanin mengumumkan pada 3 Januari lalu bahawa nama itu ditetapkan menurut keputusan pengundian penduduk tempatan.

Ketua Zoo Moscow, Svetlana Akulova mengatakan, bayi panda gergasi itu sudah boleh melihat dan mendengar.

Menurut hantaran Zoo Moscow pada 30 Ogos 2023, panda gergasi dari China, “Dingding” melahirkan anak panda dan itulah bayi panda pertama yang dilahirkan di Rusia.