Komputer Kuantum Superkonduktor Generasi Ketiga China Beroperasi

2024-01-08 15:21:28  CRI
Share with:

Dimaklumkan dari Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Pengkomputeran Kuantum Provinsi Anhui dan Makmal Utama Cip Pengkomputeran Kuantum Anhui bahawa komputer kuantum superkonduktor generasi ketiga China yang dinamakan "Benyuan Wukong" beroperasi dalam talian bermula pukul 9.00 Sabtu lalu.

Komputer kuantum ini dilengkapi dengan cip "Wukong" buatan China yang bersifat super konduktor 72-bit. 

Menurut penjelasan dari ahli sains bahawa komputer kuantum superkonduktor adalah berdasarkan penggunaan cip kuantum litar superkonduktor. 

IBM dan Google terkenal dengan komputer kuantum milik masing-masing yang berteknologi superkonduktor di persada antarabangsa.