CMG Hidangkan Malam Gala Tahun Baharu Cina (TBC) 2024 di Lima Bandar Serentak

2024-01-08 15:24:07  CRI
Share with:

Kumpulan Media China (CMG) memaklumkan bahawa Malam Gala Tahun Baharu Cina (TBC) 2024 akan dianjurkan pada malam 9 Februari di bandar Beijing sebagai lokasi utama, dan bandar Shenyang di provinsi Liaoning, bandar Changsha di provinsi Hunan, bandar Xi'an di provinsi Shaanxi serta bandar Kashgar di wilayah Xinjiang sebagai empat lokasi cawangan. Para penonton dari seluruh dunia akan berpeluang menikmati persembahan Malam Gembira untuk Tahun Naga yang berunsurkan adat resam dan kebudayaan China yang pelbagai.

Bandar Shenyang provinsi Liaoning yang terletak di bahagian Timur Laut China, terkenal dengan latar belakang sejarah dan kebudayaannya. 

Bandar Changsha provinsi Hunan yang terletak di  bahagian tengah China, digelar sebagai "Kota Seni Media" di persada dunia dan terpilih sebagai 'bandar paling bahagia di China' untuk 16 tahun berturut-turut. 

Bandar Xi'an provinsi Shaanxi yang terletak di bahagian barat China, merupakan titik permulaan Jalan Sutera purba. 

Bandar Kashgar wilayah Xinjiang yang terletak di bahagian barat laut China, merupakan hab strategik di kawasan utama jalur ekonomi Jalan Sutera dan titik permulaan Koridor Ekonomi China-Pakistan. 

Sebagai salah satu pesta tradisional China, TBC bukan sahaja merupakan saat menikmati reunion keluarga dan melakukan perbafasan baharu, tetapi juga mewarisi konsep tamadun China yang menekankan kedamaian dan keharmonian, malah mengamalkan nilai-nilai universal yang mendekati keharmonian keluarga, keterangkuman sosial dan mesra alam.