Sekat Eksport Cip Amalan Membuli: MFA

2024-01-09 13:02:11  CRI
Share with:

Tindakan Amerika Syarikat (AS) memperhebat sekatan eksport cip terhadap China dengan dalih ‘keselamatan negara’ merupakan amalan membuli dalam bidang ekonomi.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar (MFA) China, Mao Ning dalam sidang media pada Isnin.

Mao menyifatkan kawalan eksport semikonduktor AS terhadap China sebagai amalan diskriminasi dan membelakangi prinsip Layanan Negara Terbaik (MFN) yang ditetapkan dalam Perkara 1 Perjanjian Am mengenai Tarif dan Perdagangan (GATT).

Tambah beliau, dengan dalih mengancam keselamatan maklumat siber, AS menyenaraihitamkan syarikat kelengkapan telekomunikasi China dan melarang peralatan telekomunikasi buatan China memasuki pasaran negara itu.

Tindakan seumpama melanggar prinsip penghapusan umum pembatasan kuantitatif dalam Perkara 11 GATT. Larangan yang dikenakan AS itu turut membelakangi Perjanjian Halangan Teknikal Perdagangan.

Beliau juga berkata tindakan AS itu melampaui batas konsep keselamatan negara, dan menyebabkan perdagangan cip kegunaan awam terhalang.