China Tegas Menolak 'Kumpulan Kecil' Eksklusif

2024-01-09 12:19:16  CRI
Share with:

Beijing tegas menolak percubaan negara-negara terbabit membentuk ‘kumpulan kecil’ eksklusif atas nama kerjasama.

Pendirian itu dinyatakan menerusi jurucakap Kementerian Luar Mao Ning susulan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan kenyataan bersama mengenai Dialog Indo-Pasifik Trilateral AS-Jepun-Republik Korea (ROK) pada Sabtu lalu.

Mao berkata keadaan di Laut China Selatan secara amnya stabil. China komited untuk mempertahankan kedaulatan wilayah serta hak dan kepentingan maritim, sambil mengurus perbezaan pendapat dengan negara terlibat melalui dialog dan perundingan.

"Perbuatan sesetengah negara dari luar rantau menunjuk-nunjukkan kekuatan dan menghasut konfrontasi di Laut China Selatan, tidak kondusif untuk ketenteraman di rantau berkenaan.

"Kami (China) menggesa pihak terbabit supaya menghormati usaha negara serantau dalam menjaga keamanan dan kestabilan, mengetepikan mentaliti Perang Dingin serta berhenti mencipta konfrontasi sesama blok dan menambah lagi ketegangan rantau ini,” ujar Mao.