Jambatan Laut Terpanjang di Guangxi Terbentuk

2024-01-09 17:08:12  CRI
Share with:

Jambatan Longmen yang dikenali sebagai jambatan laut yang paling panjang di wilayah Guangxi terbentuk pagi semalam sebaik saja kedua-dua belahnya disambungkan, selangkah besar dalam memperjuangkan matlamat menjadikannya beroperasi menjelang tahun 2024.

Pembinaan jambatan Longmen yang dimulakan pada 18 Februari 2021, memakan masa 1,054 hari.

Dimaklumkan bahawa dengan adanya Jambatan Lomgmen yang akan beroperasi nanti,  perjalanan Fangchenggang-Qinzhou hanya memerlukan 25 minit sahaja berbanding satu jam setengah sebelum itu, yang dilihat boleh mengeratkan ikatan kedua-dua bandar dan memacu pembangunan berkualiti tinggi di Zon Ekonomi Teluk Beibu malah menyumbang kepada pembangunan laluan baharu darat-laut yang menyambungkan kawasan bahagian barat China.