Penerbangan Pengangkutan Penumpang Antarabangsa China Pulih 62.8% Berbanding Sebelum Pandemik

2024-01-09 12:10:22  cri
Share with:

Dimaklumkan daripada Biro Penerbangan Awam China, setakat penghujung 2023, perkhidmatan penerbangan berkala untuk pengangkutan penumpang antarabangsa melibatkan China telah pulih 62.8% berbanding sebelum tercetusnya wabak COVID-19, dengan mencatat 4,728 perjalanan dua hala setiap minggu.

Terbaharu, China sudah mempunyai akses penerbangan antarabangsa yang berkala untuk pengangkutan penumpang dengan 67 buah negara, berkurangan 7 berbanding masa sebelum pandemik. Tetapi, jumlah penerbangan melibatkan 25 buah negara seperti Britain pula melampaui yang tercatat sebelum pandemik.

Sementara itu, terdapat enam buah negara termasuk Kuwait, Serbia, Tanzania, Luxembourg, Papua New Guinea dan Nigeria yang merupakan destinasi baharu dalam perkhidmatan penerbangan China berbanding masa sebelum pandemik.

Kini, pelbagai syarikat penerbangan telah merancang akan menambah 2,500 penerbangan antarabangsa yang berkala dan penerbangan khas semasa cuti Tahun Baharu Cina (TBC). Penerbangan baharu itu kebanyakannya melitupi rantau Asia Tenggara, Jepun dan Korea Selatan. Antaranya penerbangan tambahan yang melibatkan Jepun dan Thailand telah masing-masing melebihi 600, Korea Selatan 200 lebih, Singapura 150 lebih, Malaysia dan Indonesia masing-masing 100 lebih, dan sama juga bagi perkhidmatan untuk laluan penerbangaan ke Oceania dan Eropah.