Xi Tekankan Perjuangan untuk Memerangi Isu Anti-rasuah

2024-01-09 15:10:29  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping membuat ucapan penting dalam sesi pleno ketiga Suruhanjaya Pusat untuk Pemeriksaan Disiplin PKC ke-20 pada pagi Isnin.

Xi, yang juga Presiden China dan pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat berkata, selepas perjuangan yang berterusan selama 10 tahun pada era baharu, China telah mencapai kemenangan yang besar dalam gerakan bersepadu memerangi budaya rasuah dan mencapai hasil yang komprehensif, namun masih menghadapi situasi yang rumit dan serius.

Xi menegaskan, perjuangan anti-rasuah perlu terus dilaksanakan secara mendalam dalam kemaraan baharu melalui pembersihan persekitaran kemasyarakatan yang mudah menimbulkan isu rasuah.

Xi menuntut pelbagai pihak mengambil langkah-langkah untuk memastikan pegawai kerajaan berhemah mengelakkan diri dari terkesan dalam budaya rasuah, mengurangkan berlakunya masalah lama dan mengekang perebakan masalah yang baharu muncul bagi meningkatkan kecekapan dalam mengawal dan menangani isu rasuah untuk jangka masa panjang.