Bermain Api Undang Musibah
China mengumumkan sekatan ke atas lima perusahaan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) sebagai tindak balas terhadap amalan negara itu meneruskan penjualan senjata kepada Taiwan dan menyekat syarikat China serta individu berkenaan dengan pelbagai dalih.
Ia juga amaran tegas kepada sesetengah pihak di AS yang berniat mencampuri urusan dalaman China dengan mempergunakan isu Taiwan.
Perusahaan berkenaan semuanya mempunyai rekod hitam dalam penjualan senjata kepada Taiwan, dan juga terlibat dalam rancangan terbaharu penjualan senjata oleh Pentagon.
Pada pertengahan Disember lalu, Pentagon meluluskan pakej penjualan peralatan ketenteraan bernilai AS$300 juta (RM1.39 bilion) kepada Taiwan, kali ke-12 sejak Presiden Joe Biden memegang tampuk pemerintahan.
Kelakuan seumpama membelakangi prinsip satu China dan tiga pengumuman bersama China-AS khususnya Pengumuman 17 Ogos, dan juga melanggar komitmen politik dibuat Biden semasa pertemuan pemimpin dua negara di San Francisco.
Bermain api pastinya menelan padah. China kerap kali menjelaskan pendirian bahawa isu Taiwan adalah teras kepada kepentingan teras China dan asas kepada asas politik hubungan China-AS, serta garis merah pertama yang tidak boleh dilangkaui.
Antara langkah sekatan dilaksanakan China kali ini termasuk membekukan harta alih dan tak alih serta jenis harta lain milik perusahaan terbabit di China, dan melarang organisasi dan individu di China daripada menjalankan transaksi dan kerjasama dengan mereka.
Ia sekali gus memaparkan keazaman China untuk mempertahankan kedaulatan negara dan integriti wilayah.
AS sepatutnya menterjemahkan komitmen menjunjung dasar satu China dan tidak menyokong cubaan 'kemerdekaan Taiwan' menerusi tindakan praktikal.
Proses penyatuan semula China mustahil dihalang, tak kira berapa banyaknya bekalan senjata dijual AS kepada Taiwan.