Hantaran Pos dan Kurier di China Catat 162 Bilion pada 2023

2024-01-09 13:55:02  CRI
Share with:

Jumlah penghantaran pos dan kurier di seluruh China dijangka mencecah 162 bilion pada 2023, sekali gus menjana pendapatan sebanyak 1.5 trilion yuan (RM973 bilion).

Dua angka itu masing-masing menokok 16.5 peratus and 13.5 peratus dari tahun ke tahun, menurut Biro Pos Negara (SPB).

Antaranya hantaran yang dikendalikan menerusi perkhidmatan ekspres mencatat 132 bilion dengan menyumbang pendapatan berjumlah 1.2 trilion yuan (RM778.3 bilion), masing-masing menyaksikan peningkatan 19.5 peratus dan 14.5 peratus.