Tabik Hormat untuk Polis China

2024-01-10 15:15:05  CRI
Share with:

Semalam, kawan Satria menghantar gambarnya yang berpakaian istiadat lengkap untuk sambutan pada hari ini. Beliau adalah seorang polis di pusat pemulihan dadah dan hari ini adalah sambutan Hari Polis di China.

 

Kalau melawat China, anda akan nampak polis-polis yang meronda di jalan-jalan biasanya tidak membawa senjata. Ini kerana tugas utama mereka adalah menyediakan perkhidmatan kepada rakyat. Apa-apa juga masalah yang memerlukan pertolongan, boleh terus memanggil polis atau menghubungi nombor 110.

 

Polis yang menghubungi Satria baru-baru ini adalah polis yang menjaga keselamatan kawasan tempat tinggal Satria. Beliau mengunjungi rumah Satria untuk mengingatkan kami, khususnya warga emas agar jangan tertipu oleh penipuan telekomunikasi.

 

Selain itu, kami juga banyak mendengar berita seperti polis mendapati ada kereta yang membawa pesakit dalam kecemasan,  segera membunyikan siren dan mengiringi kereta tersebut ke hospital.

 

Bagaimanapun, seperti di mana-mana jua negara lain, polis adalah pekerjaan yang berbahaya. Pada tahun 2023, terdapat 417 anggota polis dan pembantu polis terkorban dan 7876 orang lagi cedera ketika bertugas.

 

Antara pelbagai kategori polis di China, polis bahagian jenayah dadah menghadapi bahaya paling besar di China.

 

Di provinsi Yunnan yang berdekatan dengan kawasan “Segi Tiga Emas” di Asia Tenggara yang pernah menjadi sumber candu dan heroin yang terbesar di dunia, lebih 60 orang polis terkorban ketika bertugas sejak pasukan antidadah ditubuhkan pada kira-kira 40 tahun yang lalu. Antaranya termasuk ayah dan anak, Zhang Congshun dan Zhang Ziquan .

 

Pada tahu 1994, Zhang Congshun terkorban dalam letupan grenad ketika bertempur dengan penjenayah dadah rentas sempadan. Zhang Ziquan dan dua kakaknya mewarisi aspirasi ayah mereka juga menjadi polis untuk melindungi keselamatan awam.

 

Zhang Ziquan memilih menjadi seorang polis antidadah seperti ayahnya pada 2010. Dalam tempoh 10 tahun, beliau pernah banyak kali melakukan misi pengintipan di hutan tropika di negara-negara jiran. Beliau berjaya merampas lebih 20 tan dadah dan 1,100 tan bahan untuk membuat dadah.

 

Bagaimanapun, Zhang Ziquan juga terkorban dalam misi menyiasat satu sindiket rentas sempadan pada hujung tahun 2020. 

 

Inilah sebabnya mengapa di China, sesiapa yang terlibat dalam kes dadah, tanpa mengira selebriti atau tokoh tersohor yang lain, tidak akan diberi peluang lagi untuk meneruskan kariernya kerana wang mereka bayar untuk mendapatkan dadah akan menjadi peluru yang menembak polis antidadah.

 

Pernah ada seleberiti yang dulu menyalahguna dadah diam-diam mengadakan persembahan lagi di kelab, dan segera dilaporkan oleh penduduk ramai.

 

Polis telah mengawal keselamatan kami, ini juga cara kami untuk melindungi keselamatan polis.