AS Bantah Rancangan Pindah Penduduk Gaza: Blinken

2024-01-10 14:35:03  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) menentang rancangan berhubung pemindahan penduduk Gaza, kata Setiausaha Negara Antony Blinken.

Semasa sidang media di Tel Aviv pada Selasa, Blinken berkata AS menyokong tindakan Israel di Gaza untuk mencegah serangan mengejut pada 7 Oktober tahun lalu daripada berulang.

AS juga menyokong usaha Israel menjaga keselamatan di kawasan sempadan utara dan menggerakkan penyelesaian konflik dengan Lubnan menerusi pendekatan diplomatik, tambah beliau.