85 Peratus Penduduk Gaza Hilang Tempat Tinggal: PBB

2024-01-10 15:03:11  CRI
Share with:

Seramai 1.9 juta orang atau kira-kira 85 peratus daripada jumlah penduduk Gaza hilang tempat tinggal sejak konflik Palestin-Israel tercetus pada 7 Oktober tahun lalu, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Data yang dikeluarkan pejabat PBB di Geneva pada Selasa menunjukkan, sistem perubatan di Genting Gaza sedang berada di ambang keruntuhan.

Sejak 26 Disember 2023, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah enam kali membatalkan misi penghantaran peralatan perubatan ke utara Gaza berikutan kekurangan koridor kemanusiaan bagi membolehkan barang bantuan disalurkan ke seluruh Gaza secara selamat.