Xi Balas Surat Kenalan dari Negeri Iowa AS

2024-01-10 15:18:03  CRI
Share with:

Pencapaian diperoleh dalam hubungan China-Amerika Syarikat (AS) terutamanya berkat usaha bersama rakyat dua negara.

Presiden Xi Jinping membuat kenyataan itu dalam surat balas kepada Sarah Lande, seorang kenalannya dari negeri Iowa AS.

Xi berkata sejak terjalinnya ikatan diplomatik 45 tahun lalu, kerjasama China-AS membuahkan hasil yang memanfaatkan kedua-dua negara dan dunia.

Sinergi sesama rakyat lebih diperlukan dalam memajukan lagi perkembangan hubungan dua hala, tambah beliau.

Xi turut menegaskan, masa depan hubungan kedua-dua negara terletak pada golongan belia.

Menerusi inisiatif menjemput 50,000 remeja AS melawat China dalam lima tahun mendatang, beliau berharap golongan itu dapat merasai sendiri negara China yang sebenar, berdimensi dan menyeluruh, sekali gus mewujudkan lebih banyak jambatan bagi meningkatkan persefahaman sesama rakyat.