C919 Lancar Laluan Penerbangan Komersial Kedua

2024-01-10 14:37:48  CRI
Share with:

Pesawat mega pertama buatan China C919 melancarkan perkhidmatan penerbangan komersial antara bandar Shanghai dan Beijing yang dikendalikan pelanggan pertamanya, China Eastern Airlines pada Selasa.

Ia menjadi laluan penerbangan komersial tetap yang kedua bagi pesawat penumpang itu selepas beroperasinya laluan Shanghai-Chengdu.

Selain empat buah pesawat C919 yang sudah diterima, China Eastern Airlines akan terus menerima pesawat berkenaan dari Syarikat Pesawat Komersial China (COMAC) seperti yang dirancang pada tahun ini.