Xi, Saied Saling Ucap Tahniah 60 Tahun Hubungan China-Tunisia

2024-01-10 11:17:29  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Tunisia Kais Saied saling mengirim perutusan tahniah sempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik kedua-dua negara, hari ini.

Xi berkata sejak enam dekad lalu, hubungan antara kedua-dua negara sentiasa berkembang secara sihat dan stabil walau apa jua perubahan kepada situasi antarabangsa.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, rasa saling percaya dari segi politik semakin diperkukuh dan pertukaran dan kerjasama dalam pelbagai bidang membuahkan hasil yang memuaskan, kata beliau.

Xi turut menyatakan kesediaan untuk bersama Saied mengambil peluang daripada 60 tahun hubungan China-Tunisia bagi menyemarakkan lagi ikatan persahabatan yang terjalin sejak sekian lama dan menggalakkan perkembangan baharu hubungan muhibah antara kedua-dua negara.

Dalam pada itu, Saied berkata pihaknya bersedia bekerjasama dengan China ke arah membina perkongsian model baharu yang meliputi semua bidang dengan prospek luas, sekali gus meningkatkan hubungan dua hala ke tahap lebih tinggi.