Karnival Ais & Salji Sungai Songhua ke-5 Jadi Tumpuan Pelancong

2024-01-10 15:32:27  CRI
Share with:

Baru-baru ini, Karnival Ais & Salji Sungai Songhua ke-5 telah dimulakan di bandar Harbin wilayah Heilongjiang, China, dan turut menjadi tumpuan pelancong.

Untuk rekod, Karnival Ais & Salji Sungai Songhua yang pertama dibuka pada Disember 2018, sedangkan kunjungan pelancong yang paling banyak untuk satu edisi pernah mencecah lebih 2 juta orang.