Xi Bertemu Presiden Finland melalui Pautan Video

2024-01-11 11:32:22  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping mengadakan pertemuan secara maya bersama rakan sejawatnya dari Finland Sauli Niinisto pada Rabu.

Xi berkata sejak beberapa tahun kebelakangan ini, hubungan China-Finland mengekalkan perkembangan mantap, menyaksikan kerjasama pragmatik membabitkan industri perhutanan, pertanian dan produk makanan, maklumat dan komunikasi, tenaga, perlindungan alam sekitar, pendidikan dan sukan musim sejuk semakin diperkasa hingga membawa limpahan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Beliau turut menyatakan kesediaan China untuk berkongsi peluang pembangunan dengan Finland, mengukuhkan kerjasama saling untung dan memperdalam perkongsian kerjasama model baharu berorientasikan masa depan antara kedua-dua negara.

Dua negara diharap terus mempertingkat koordinasi dalam urusan antarabangsa, selain bersama-sama menyokong multilateralisme, melindungi perdagangan bebas dan memberi sumbangan positif kepada keamanan dan kestabilan serta pemodenan semua negara di dunia, tambah beliau.