Blinken Bertemu Presiden Palestin

2024-01-11 12:22:46  CRI
Share with:

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken bertemu Presiden Palestin Mahmoud Abbas di Ramallah di Tebing Barat pada Rabu.

Menurut Agensi Berita Palestin (WAFA), kedua-dua pihak membincangkan perkembangan terkini konflik Palestin-Israel semasa pertemuan berkenaan.

Abbas turut memberi amaran bahawa tindakan Israel mengusir rakyat Palestin dari Gaza atau Tebing Barat adalah berbahaya, sambil menekankan Palestin tidak akan membenarkan perkara itu berlaku.