Mahasiswa AS Hayati Budaya Tradisioal China

2024-01-11 12:42:53  CRI
Share with:

Aktiviti pertukaran kemanusiaan yang bertema “pemuda ialah masa depan-perjalanan mahasiswa Long Beach Amerika Syarikat (AS) di Qiangdao” diadakan pada 9 Januari lalu. Seramai 12 mahasiswa dari Universiti California cawangan Long Beach dan rakan-rakan dari Universiti Politeknik Qingdao menghayati bersama budaya tradisional China termasuk guntingan kertas dan perubatan tradisional China.

Untuk rekod, Qingdao dan Long Beach menjalinkan hubungan bandar persahabatan pada 1985. Kedua-dua bandar mengadakan kerjasama yang meluas dan mendalam dalam bidang ekonomi, perdagangan, pelabuhan, pendidikan dan kemanusiaan.