Xie Feng Berucap pada Forum Peringati 45 Tahun Hubungan China-AS

2024-01-11 14:39:34  CRI
Share with:

Saling menghormati, hidup bersama secara aman dan kerjasama saling untung merupakan satu-satunya cara pergaulan yang tepat bagi China dan Amerika Syarikat (AS).

Demikian kata Duta Besar China ke AS, Xie Feng ketika menyampaikan ucapan sempena forum memperingati 45 tahun hubungan diplomatik kedua-dua negara di Pusat Carter di Atlanta pada Selasa. 

Xie menyifatkan hubungan China-AS sebagai hubungan bilateral terpenting dunia yang bukan sahaja memanfaatkan rakyat kedua-dua negara, malah menggalakkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran Asia Pasifik serta dunia.

Beliau turut menekankan perlunya mengetepikan mentaliti Perang Dingin, mengawal perselisihan pendapat, memfokuskan kepentingan bersama dan menghapuskan halangan bagi mendorong pertukaran sosiobudaya.