Menteri Luar China, Rusia Berbual menerusi Telefon

2024-01-11 15:11:56  CRI
Share with:

China dan Rusia perlu memperdalam kerjasama pragmatik, mendorong pertukaran sosiobudaya dan terus memperkukuh asas masyarakat untuk hubungan dua hala.

Demikian dinyatakan Menteri Luar China Wang Yi dalam perbualan dengan rakan sejawatnya dari Rusia Sergei Lavrov menerusi telefon pada Rabu.

Wang berkata tahun ini merupakan ulang tahun ke-75 penjalinan ikatan diplomatik serta permulaan Tahun Kebudayaan China-Rusia. 

Kedua-dua pihak hendaklah melancarkan pelbagai aktiviti sambutan dan merapatkan pertukaran lawatan peringkat tinggi berdasarkan konsensus dicapai antara pemimpin.

Lavrov turut menzahirkan kesediaan pihaknya untuk mengekalkan pertukaran peringkat tinggi dengan China, memperkasa kerjasama dalam bidang ekonomi, perdagangan, pelaburan dan lain-lain, di samping memperdalam pertukaran sosiobudaya dan merapatkan koordinasi dalam urusan antarabangsa.

Kedua-dua pihak juga bertukar-tukar pendapat mengenai kerjasama BRICS dan konflik Palestin-Israel.