Raja Jordan, Guterres Bincang Situasi Gaza
Raja Jordan, Raja Abdullah II dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres membincangkan situasi di Genting Gaza menerusi panggilan telefon pada Khamis.
Dalam pada itu, Raja Abdullah II menegaskan perlunya gencatan senjata diwujudkan segera dan memastikan penyaluran bantuan kemanusiaan yang berterusan ke Gaza.
Antara perkara lain yang diberi penekanan adalah peranan penting PBB dalam tindak balas kemanusiaan di Gaza serta keperluan menyalurkan bantuan tatkala kawasan berkenaan bergelut kesukaran.
Baginda turut mengulangi pendirian menolak sebarang rancangan untuk mengusir rakyat Palestin yang tinggal di Gaza dan Tebing Barat.