Helikopter PBB Diserang Al-Shabaab di Somalia
2024-01-12 16:09:54 CRI
Individu yang tercedera dalam insiden penculikan membabitkan sebuah helikopter berkontrak dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut pada Khamis.
Helikopter itu membuat pendaratan cemas selepas diserang oleh Al-Shabaab di Beledweyne yang dipercayai berada di bawah kawalan kumpulan ekstremis itu, Rabu.
Penumpang berkenaan dilaporkan dijadikan tebusan oleh kumpulan Al-Shabaab yang dikaitkan dengan Al-Qaeda.
Antaranya seorang penumpang terbunuh manakala dua lagi masih hilang.
Kedutaan Besar China di Somalia mengesahkan tiada warganegara China terlibat dalam insiden tersebut.