Import dan Eksport Barangan China Naik 0.2 Peratus 2023

2024-01-12 15:23:22  CRI
Share with:

Import dan eksport barangan China pada 2023 merekodkan prestasi yang lebih baik daripada jangkaan dengan nilai keseluruhan sebanyak 41.76 trilion yuan (RM27 trilion), naik 0.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Demikian dimaklumkan pegawai Pentadbiran Am Kastam China (GACC) dalam sidang media hari ini.

Dalam pada itu, jumlah eksport dan import masing-masing mencatat 23.77 trilion yuan (RM15.4 trilion) dan 17.99 trilion yuan (RM 11.7 trilion).

Statistik kastam juga menunjukkan jumlah import dan eksport barangan antara China dengan negara-negara terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) mencecah 19.47 trilion yuan (RM12.6 trilion) pada tahun lepas, naik 2.8 peratus.

Untuk tahun sama, China mengeksport produk mekanikal dan elektrik bernilai 13.92 trilion yuan (RM9.02 trilion), menokok sebanyak 2.9 peratus dan menyumbang 58.6 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport.