Perginya Anggota Flying Tiger Terakhir

2024-01-12 14:41:36  CRI
Share with:

Kapten Ho Weng Toh, juruterbang terakhir pasukan “Flying Tigers” meninggal dunia pada minggu lalu. Hari ini Satria mahu berkongsi kisah pahlawan Malaya ini supuya sumbangan beliau selalu dikenang oleh China, Malaysia, Amerika Syarikat(AS), dan Singapura.

 

Ho Weng Toh lahir di Ipoh pada 1920. Ketika perang antipencerobohan Jepun, beliau kembali ke China dan menyertai pasukan China-America Composite Wing (CACW) atau yang lebih dikenali sebagai “Flying Tigers”.

 

Beliau turut serta dalam 18 misi pengeboman terhadap tentera penceroboh Jepun dengan memandu pesawat pengebom B25 Mitchell Bomber.

 

Selepas Perang Dunia Kedua, beliau kembali ke Persekutuan Tanah Melayu pada 1951, dan berkhidmat dalam penerbangan Malayan yang akhirnya berpecah menjadi Malaysia Airlines dan Singapore Airlines.

 

Kapten Ho berjuang dengan gagah berani sepanjang hayat untuk mewujudkan kedamaian dunia dan komuniti berkongsi kemakmuran serantau.

 

Bagi generasi orang Cina pada zaman itu, sukar untuk ditentukan sama ada China, Malaysia atau Singapura tanah airnya. Tetapi ketika menghadapi perang, mereka sayang akan tanah yang pernah dijejaki dan faham akan ungkapan “kalau bibir hilang, gigi akan berasa sejuk”. Mereka bukan sahaja menyumbangkan barangan dan senjata untuk menyokong perjuangan di China, tetapi juga berani bertempur dengan penceroboh di tanah Melayu.

 

Setelah perang tamat, mereka juga menjadi jambatan yang mengeratkan hubungan antara China dengan Asia Tenggara dalam bidang perniagaan dan lain-lain. Kini penerbangan Malaysia Airlines dan Singapore Airlines ke pelbagai bandar di China semakin pulih.

 

Kerjasama antara China dengan AS juga menjadi asas pemulihan kedamaian, kestabilan dan kemakmuran serantau selepas Perang Dunia Kedua. Oleh itu, negara-negara Asia Tenggara amat memahami peri pentingnya hubungan China-AS yang stabil.

 

Dalam ucapan Tahun Baharu 2024, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong memberi tumpuan kepada pertemuan pemimpin China-AS di San Francisco. Beliau juga berulang kali menegaskan bahawa meskipun persaingan geopolitik semakin dahsyat di rantau ini, semua negara berharsat bersahabat dengan China dan AS. Rantau ini akan menghadapi situasi yang rumit, tapi tidak akan berpecah menjadi dua golongan.

 

Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim turut menegaskan, Malaysia tidak menyebelahi China, namun China merupakan jiran dari aspek geografi dan rakan yang boleh dipercayai.  Kuasa besar pula patut mendengar suara negara-negara membangun. Hubungan antara China dan AS yang lebih baik akan membawa faedah kepada ASEAN, termasuk Malaysia.

 

Suara kedua-dua pemimpin ASEAN cukup cerdik dan selaras dengan pendirian China yang menegaskan kuasa besar bertanggungjawab dan berkewajiban untuk memainkan peranan lebih besar untuk kedamaian dan keamanan dunia serta memberi sumbangan lebih banyak kepada pembangunan dan kemajuan sesama insan.

 

Adakah China dan AS boleh bekerjasama untuk memelihara kedamaian dan kemakmuran rantau ini? Semua negara menanti-nantikan respons dan tindak balas AS.