AS, Britain Serang Sasaran Houthi di Yaman

2024-01-12 15:17:50  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) dan Britain mula melancarkan serangan udara ke atas sasaran yang dikaitkan dengan kumpulan bersenjata Houthi di Yaman, menurut pegawai AS pada Khamis.

Ini merupakan serangan julung kali dilancarkan AS dan Britain terhadap Houthi sejak kumpulan bersenjata itu mula menyasarkan perkapalan antarabangsa di Laut Merah akhir tahun lalu.