China Suarakan Kebimbangan Terhadap Sekatan Cip AS

2024-01-12 13:17:12  CRI
Share with:

China menyuarakan kebimbangan serius mengenai sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas eksport mesin lithografi yang digunakan untuk mengeluarkan cip ke China melalui saluran pihak ketiga.

Menteri Perdagangan China, Wang Wentao menyatakan sedimikian semasa perbincangan dengan Setiausaha Perdagangan AS, Gina Raimondo menerusi telefon pada Khamis.

Wang juga menyatakan kebimbangan China mengenai siasatan AS terhadap rantaian bekalan cip yang dihasilkan dengan menggunakan teknologi proses matang, serta penindasan yang dikenakan AS ke atas syarikat China.

Dalam perbincangan yang mendalam dan telus mengenai isu ekonomi dan perdagangan yang menjadi keprihatinan masing-masing tersebut, Wang menyatakan, pertemuan antara pemimpin kedua-dua negara di  San Francisco, AS telah menggariskan hala tuju perkembangan hubungan kedua-dua negara dalam bidang ekonomi dan perdagangan. Kedua-dua pihak dikehendaki memanfaatkan peranan positif mekanisme komunikasi dan pertukaran antara jabatan perdagangan kedua-dua negara untuk mencipta syarat baik bagi kerjasama syarikat kedua-dua pihak.

Selain itu, Wang dan Gina  juga membincangkan isu sempadan keselamatan negara antara China dan AS dalam bidang ekonomi dan perdagangan.