Pengantaraan China Bantu Gencatan Senjata Dicapai di Utara Myanmar

2024-01-13 15:55:39  CRI
Share with:

Persetujuan gencatan senjata berjaya dicapai antara tentera kerajaan Myanmar dengan tiga kumpulan bersenjata etnik di utara negara itu menerusi usaha pengantaraan China.

Jurucakap Kementerian Luar China Mao Ning berkata pihak terbabit bersetuju melakukan gencatan senjata serta-merta selepas rundingan damai berlangsung di Kunming, provinsi Yunnan pada Rabu hingga Khamis.

Mereka berjanji tidak menjejaskan keselamatan penduduk China di kawasan sempadan serta pekerja yang terlibat dalam projek di Myanmar.

Mao berkata China berharap pihak-pihak berkaitan dapat melaksanakan persetujuan itu dengan bersungguh-sungguh, meneruskan dialog dan perundingan ke arah menyelesaikan masalah, dan bersama-sama menggerakkan proses perdamaian di utara Myanmar.

China bersedia terus memberi sokongan serta bantuan seboleh mungkin dan memainkan peranan konstruktif untuk usaha berkenaan, tambah beliau.