Perlunya Bersabar, Elak Kenekatan Tentera Melulu: Duta China

2024-01-13 16:39:10  CRI
Share with:

Operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) dan Britain terhadap kumpulan bersenjata Houthi di Yaman mustahil mencapai matlamat seperti disasarkan, kata duta China.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) memanggil mesyuarat tergempar pada Jumaat bagi membincangkan situasi semasa di Laut Merah atas permintaan Rusia.

Wakil Tetap China ke PBB, Zhang Jun berkata memandangkan Asia Barat berada di ambang bahaya, perkara yang amat diperlukan pada masa ini adalah bertenang dan mengelak konflik berkenaan terus merebak, bukan kenekatan tentera yang melulu.

Beliau menggesa pihak terbabit khususnya kuasa yang berpengaruh supaya mematuhi Piagam PBB dan undang-undang antarabangsa, mengikut haluan yang betul iaitu berdialog dan berunding, serta membuat sumbangan substantif kepada keamanan dan kestabilan Laut Merah dan Asia Barat.