Kenyataan MFA mengenai Pilihan Raya di Taiwan

2024-01-14 16:19:40  CRI
Share with:

Fakta asas bahawa hanya terdapat satu China di dunia dan Taiwan sebahagian wilayah China takkan berubah, walau apa jua perubahan yang berlaku di Taiwan.

Jurucakap Kementerian Luar (MFA) dalam satu kenyataan berkata kerajaan berpendirian konsisten dalam menjunjung prinsip satu China serta menentang cubaan 'kemerdekaan Taiwan', 'dua China' dan 'satu China, satu Taiwan'.

Konsensus masyarakat antarabangsa yang berpegang teguh pada prinsip satu China juga tidak akan berubah.

Jurucakap itu menyifatkan prinsip satu China sebagai sauh bagi keamanan dan kestabilan Selat Taiwan.

Masyarakat antarabangsa diyakini akan terus menjunjung prinsip satu China, memahami dan menyokong perjuangan rakyat China menentang cubaan 'kemerdekaan Taiwan' dan mewujudkan penyatuan semula tanah air.