China Sanggah Kenyataan AS Berhubung Pilihan Raya di Taiwan

2024-01-14 17:04:15  CRI
Share with:

China mengemukakan bantahan keras terhadap kenyataan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) berhubung pilihan raya di wilayah Taiwan.

Jurucakap Kementerian Luar China mengecam kenyataan itu melanggar prinsip satu China dan tiga pengumuman bersama China-AS, membelakangi janji politik dibuat AS iaitu hanya mengekalkan hubungan kebudayaan, perniagaan dan hubungan tidak rasmi yang lain dengan Taiwan, di samping memberi isyarat salah kepada pemisah ‘kemerdekaan Taiwan’.   

Menurut jurucakap itu, isu Taiwan merupakan teras kepada kepentingan teras China dan garis merah pertama yang tidak boleh dilangkaui dalam hubungan China-AS. Prinsip satu China merupakan norma asas hubungan antarabangsa dan konsensus masyarakat antarabangsa, dan juga asas politik kepada hubungan China-AS.

China tegas menentang perhubungan rasmi antara AS dengan Taiwan dalam sebarang bentuk serta campur tangan AS dalam urusan Taiwan dengan apa jua kaedah dan dalih.

AS digesa berpegang teguh pada prinsip satu China dan tiga pengumuman bersama China-AS, dan menunaikan janji yang kerap kali diulangi pemimpin negara itu, iaitu tidak menyokong 'kemerdekaan Taiwan', 'dua China' atau 'satu China, satu Taiwan' dan tidak memperalat isu Taiwan untuk mengekang China.

AS didesak berhenti melakukan perhubungan rasmi dengan Taiwan ataupun memberi sebarang isyarat salah kepada pemisah ‘kemerdekaan Taiwan’.