Pendirian China Konsisten Isu Taiwan, Penyatuan Semula Tanah Air

2024-01-14 15:12:09  CRI
Share with:

Parti Progresif Demokratik (DPP) tidak boleh mewakili pendapat arus perdana dalam kalangan masyarakat Taiwan, kata jurucakap Pejabat Hal Ehwal Taiwan Dewan Negara Chen Binhua berhubung keputusan pilihan raya di wilayah itu.

Chen menegaskan, Taiwan sebahagian wilayah dimiliki China. Pilihan raya kali ini tidak dapat mengubah landskap asas dan hala tuju perkembangan hubungan rentas selat.

Ia tidak dapat mengubah aspirasi bersama rakan senegara di kedua-dua belah Selat Taiwan untuk mendekati dan menambah kemesraan satu sama lain, ataupun menghalang trend penyatuan semula tanah air.

China sentiasa konsisten dalam pendiriannya mengenai penyelesaian isu Taiwan dan penyatuan semula negara.

Chen berkata China teguh mendukung Konsensus 1992 yang berteraskan prinsip satu China, serta tegas menolak aktiviti pemisah 'kemerdekaan Taiwan' dan campur tangan kuasa asing.

Sinergi akan dibentuk membabitkan parti politik berkenaan di Taiwan serta tokoh-tokoh pelbagai lapisan masyarakat untuk merancakkan pertukaran dan kerjasama rentas selat, memperdalam pembangunan bersepadu dan menyemarakkan budaya China, di samping mendorong perkembangan hubungan rentas selat secara damai serta proses penyatuan semula tanah air.